logo-01-piksel

Polisi Kerahsiaan Pelanggan

Kami komited untuk melindungi privasi dan kerahsiaan anda. Kami memahami betapa pentingnya menjaga reputasi perniagaan anda dan menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada kami sebagai rakan rekaan anda.
Apa yang Kami Lakukan untuk Melindungi Kerahsiaan Anda:
01

Privasi Hasil Kerja

Kami tidak berkongsi portfolio atau hasil kerja kami dengan prospek atau pelanggan lain. Kami percaya bahawa setiap rekaan adalah unik dan berharga, dan kami menjaga kerahsiaan tersebut untuk melindungi imej dan reputasi perniagaan anda.
02

Komitmen Terhadap Kepercayaan Anda

Kenapa perlu memberikan ruang untuk orang lain merendahkan perniagaan anda hanya kerana anda tidak mempunyai pereka grafik dalaman? Kami memahami bahawa anda memilih untuk bekerja dengan kami untuk melindungi dan memajukan imej perniagaan anda. Oleh itu, kami memastikan bahawa rekaan anda hanya digunakan untuk tujuan anda sendiri.
03

Hubungan yang Dipercayai

Ini adalah masa baharu untuk perniagaan anda berkembang dengan rakan rekaan yang boleh dipercayai. Dengan Piksel, anda mempunyai rakan kongsi yang memahami kepentingan kerahsiaan dan profesionalisme. Kami berkomitmen untuk memastikan bahawa setiap projek diuruskan dengan tahap kerahsiaan tertinggi.
Kami percaya bahawa dengan memberikan anda ruang untuk berkembang tanpa kerisauan, kami membantu perniagaan anda mencapai kejayaan. Terima kasih kerana mempercayai Piksel sebagai rakan rekaan anda.

Jenis permintaan grafik yang kami boleh siapkan

Jika ada jenis permintaan lain, boleh juga dibincangkan dahulu dengan kami.
logo-02-piksel
Piksel bermula daripada impian seorang pereka grafik senior yang ingin memberi sumbangan lebih bermakna kepada masyarakat melalui kreativiti. Sejak tahun 2014, kami telah menceburi pelbagai projek reka bentuk, dari projek kecil hingga kolaborasi besar yang membawa impak. Dengan setiap projek yang kami kendalikan, pengalaman kami semakin bertambah, menjadikan kami lebih mahir dalam menyediakan penyelesaian yang tepat dan inovatif untuk memenuhi keperluan klien.

piksel.my dimiliki oleh Effort Ventures (202403323643 (RA0119342-T))
Hakcipta ©2024 Efort Ventures. Semua Hakcipta Terpelihara.