logo-01-piksel

Terma Kami

Dengan mengakses dan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat berikut:
01

Hak Milik Hasil Kerja

Semua hasil kerja rekaan yang dihasilkan oleh Piksel adalah hak milik eksklusif Piksel.my. Pelanggan diberikan lesen penggunaan untuk tujuan yang dinyatakan sahaja.
02

Caj Tambahan untuk Fail Kerja

Jika pelanggan ingin mendapatkan fail kerja asli (contoh: fail sumber seperti .PSD, .AI, .INDD), caj berasingan akan dikenakan. Permintaan ini perlu dibuat secara jelas semasa proses rekaan.
03

Penggunaan Platform

Pelanggan diwajibkan menggunakan platform khas kami untuk menghantar permintaan rekaan, komunikasi, dan revisi. Ini bagi memastikan proses rekaan berjalan dengan lancar dan efisien.
04

Polisi Pembatalan

Pelanggan boleh membatalkan atau menghentikan sementara langganan pada bila-bila masa tanpa penalti. Walau bagaimanapun, tiada bayaran balik akan diberikan untuk tempoh langganan yang telah dilalui.
05

Polisi Privasi

Kami komited untuk menjaga kerahsiaan semua maklumat peribadi pelanggan. Segala maklumat yang diberikan kepada kami hanya akan digunakan untuk tujuan rekaan dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa persetujuan pelanggan.
06

Revisi Rekaan

Revisi tanpa had disediakan dalam semua pelan langganan. Walau bagaimanapun, permintaan yang melibatkan perubahan besar atau penambahan rekaan baru mungkin dikenakan caj tambahan.
07

Tanggungjawab Pelanggan

Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang jelas dan tepat bagi setiap permintaan rekaan. Sebarang kelewatan atau kesilapan akibat maklumat yang tidak lengkap adalah tanggungjawab pelanggan.
08

Perubahan Terma

Piksel.my berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala.
09

Penafian

Piksel.my tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh pelanggan akibat penggunaan perkhidmatan kami.
10

Penyelesaian Pertikaian

Sebarang pertikaian yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan kami akan diselesaikan melalui rundingan antara pihak-pihak yang terlibat. Sekiranya tidak dapat diselesaikan, pertikaian akan dirujuk kepada badan arbitrasi yang dipersetujui bersama.

Jenis permintaan grafik yang kami boleh siapkan

Jika ada jenis permintaan lain, boleh juga dibincangkan dahulu dengan kami.
logo-02-piksel
Piksel bermula daripada impian seorang pereka grafik senior yang ingin memberi sumbangan lebih bermakna kepada masyarakat melalui kreativiti. Sejak tahun 2014, kami telah menceburi pelbagai projek reka bentuk, dari projek kecil hingga kolaborasi besar yang membawa impak. Dengan setiap projek yang kami kendalikan, pengalaman kami semakin bertambah, menjadikan kami lebih mahir dalam menyediakan penyelesaian yang tepat dan inovatif untuk memenuhi keperluan klien.

piksel.my dimiliki oleh Effort Ventures (202403323643 (RA0119342-T))
Hakcipta ©2024 Efort Ventures. Semua Hakcipta Terpelihara.